INFO SYARIKAT



Nama Syarikat : Ana Edar Sdn. Bhd.

No. Pendaftaran : 248768X
No. Akta Jualan Langsung (AJL) : AJL 93346
Tahun ditubuhkan : 1993
Alamat : No. 9 Jalan 6, Taman Batu off Greenwood Park, 68100 Batu Caves, Selangor
No. Tel : 03-61890484/85
Fax : 03-61871530
Email : info@anaedar.com
Modal dibenarkan : RM 5,000,000.00
Modal berbayar : RM 1,500,000.00

Syarikat Ana Edar Sdn. Bhd. telah ditubuhkan pada tahun 1993 untuk membenarkan barangan Ana diedarkan oleh warga Ana untuk warga Ana secara Pasaran Berbilang Tingkat atau "Multi Level Marketing".

Produk jenama Ana mula dipasarkan sejak tahun 1983 lagi. Rangkaian barangan muslim ini lahir hasil daripada rasa keprihatinan Allahyarham Othman b. Omar dan isteri beliau Hajjah Esah bt. Omar untuk memenuhi keperluan umat Islam khususnya bagi mendapatkan produk yang suci dari sudut syara' serta bermutu tinggi.

Perniagaan dijalankan secara 'multi-level marketing' atau pasaran berbilang tingkat, yang bertujuan memberi pulangan semaksima mungkin kepada para ahli/pengedar, dan pada masa yang sama memenuhi keperluan harian umat Islam.

Falsafah Perniagaan dan Kekuatan Ana Edar Sdn. Bhd.

Sesuai dengan falsafah perniagaan Islam, Ana Edar Sdn. Bhd. sentiasa menekankan keperluan mempertingkatkan ekonomi ummah melalui perniagaan yang bersih, halal dan urusniaga yang kompeten dan ikhlas.



Ana Edar mengajak anda menjadi sebahagian daripada warga keluarga Ana sama ada sebagai pengguna, pengedar/ahli atau stokis, dan sama-sama berjuang memajukan ekonomi umat Islam. Semoga Allah sentiasa memberkati usaha kita.





Pengalaman Lebih 18 Tahun dalam MLM

Syarikat Ana Edar Sdn. Bhd. kini sudah menimba hampir 18 tahun pengalaman dalam perniagaan pasaran berbilang tingkat atau 'multi level marketing'. Pengalaman ini amat penting dan bermakna bagi memastikan syarikat terus beroperasi dengan lancar dan sesuai dengan aspirasi para ahli.

Perniagaan tanpa Riba' & Menuju ke arah IMP


Syarikat Ana Edar Sdn. Bhd. tidak terlibat dengan perniagaan berteraskan riba' mahupun apa-apa pinjaman yang melibatkan faedah. Segala urusan dijalankan secara tunai dan hal ehwal perbankan syarikat dijalankan di Bank Islam Malaysia Berhad. Syarikat Ana Edar S/B juga kini mengambil langkah-langkah positif ke arah menggunakan piawaian IMP (Islamic Manufacturing Practice) untuk pengeluaran barang untuk memastikan produk yang halaalan serta thoyyiba.


Sistem Berkomputer Sepenuhnya


Semua transaksi urusniaga di ibupejabat seperti pengiraan bonus, rekod pengedar dan inventori stokis dilakukan dengan komputer sepenuhnya. Ini membolehkan penyelarasan dan pengeluaran cek bonus dilakukan dengan cepat dan efisien. Sistem berkomputer ini juga membolehkan para pengedar membuat semakan terhadap jumlah mata, rekod bonus, jumlah lantikan dan sebagainya.



Kemudahan Sistem Online

Ana Edar Sdn. Bhd. terus melangkah ke hadapan dengan mewujudkan sistem online yang membolehkan para ahli membuat transaksi serta beberapa urusan lain melalui internet. Antara perkhidmatan yang sudah siap beroperasi ialah :

Membuat belian barang secara online (kad kredit)

Membuat semakan downline/rangkaian

Membuat lantikan secara online

Mendapat maklumat terkini daripada syarikat

Menghantar bil belian (stokis) secara online

Produk Bermutu pada Harga Berpatutan

Produk jenama Ana sudah wujud di pasaran sejak tahun 80an dan ini membuktikan permintaan yang baik terhadap barangan Ana. Syarikat sentiasa prihatin tentang kualiti produk yang dipasarkan agar memenuhi permintaan orang ramai. Harga barangan juga dipantau supaya sentiasa berpatutan kerana Syarikat berpegang kepada prinsip bahawa barangan berkualiti tidak semestinya mahal dan membebankan ahli mahupun pengguna.